nuffy

03 January, 2012

Mungkin saya banyak makan semut

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2012 dan semoga segala azam yang kita kumpulkan dari tahun yang sudah sudah dapat kita sempurnakan pada tahun ini.Walaupun dah lewat 2 hari baru aku nak ucap selamat tahun baru,maaflah ye kat tempat aku neh lambat sampai line internet.Seperti biasa la,insan gemuk,peha besar macam aku ni,berazam bukan main lagi,tapi tak pernah nak complete.InsyaAllah di tahun 2012 neh aku dengan rela hati,confident dan penuh rasa hidung tinggi ingin berkongsi azam aku kat blog yang usang dan secara resminya telah menjadi tempat jin bertendang dan berdendang.Antara azam yang dah aku tulis dalam handphone dan membacanya semula sebelum tidur ialah :-

-Kecilkan peha bagi muat seluar sekolah masa darjah 6.
-Menjadi insan pendiam tapi penuh ilmu didada.
-Makan ketika lapar dan berhenti sebelum muntah.
-Hafal no telefon sebab aku selalu kena tipu dengan orang yang aku call kate salah no.
-Bawak pen dan buku nota kecil kemana-mana untuk memudahkan aku mencatit perkara-perkara penting.
-Senyum-senyum comel bila berselisih dengan orang kat koridor(gurls only.HAHAHAHA)

-Lari laju sikit dari sekarang.
-Jogging petang-petang.

-Minum air bekarbonat seminggu sekali.
-Sembahyang 5 waktu sehari semalam.
-Berpuasa sunat isnin dan khamis
-Cuci muka sebelum tidur.
-Lupakan kisah-kisah lama.
-Doakan benda yang elok-elok utk orang yang benci saya.
-Jual mahal kalau ada orang nak ngorat(hahaha!angkat bakul campak spender)
-Berazam jadi macam Hariz Ombak Rindu.
-Sikat rambut sebelum pergi kelas.
-Pakai odorono lepas habis main futsal.

Azam yang InsyaAllah akan aku sempurnakan tahun nih sebab tahun-tahun lepas punya azam aku tak dapat nak capai habis.Biasa lah,cakap memang senang,cuba buat?haremmmm!x lopeh!!.Entahlah,mungkin kebelakangan neh aku banyak makan semut sampai boleh terlupa orang punya no telefon.Haishhh!

0 apa kata mereka?:

box