Diam x diam,dah masuk 10.1.2012 yang mana semakin lama semakin bergetar lutut aku nak mengadap test yang berlambak minggu depan.Itulah,orang dah banyak kali nasihatkan :
'Belajar rajin-rajin dulu,dah habis baru enjoy'
Ini tidak aku punya prinsip lain pulak
'Enjoy laju laju dulu,dah puas enjoy baru belajar'
kan dah lebih dari masa yang secukupnya?orang 3 tahun ngam ngam dah graduate,aku boleh pulak ada masa tambahan nak graduate lambat lambat.Haishh! xpela,rezeki takde nak buat macam mana?bukan kita mintak nak blurr masa jawab exam kan?benda dah nak jadi?bukan langsung tak study?nak buat macam mana ye dakk?Tapi takpelah,pengalaman yang lepas banyak melatih aku untuk jadi manusia yang tahan maki,penyabar,tak mudah lalai dan pandai bawa diri di negeri orang.Alhamdulillah banyak benda dah aku lalui sepanjang 3 tahun lebih aku kat Terengganu ni,banyak tempat dah aku lawat(orang suruh study bukan buat lawatan),macam macam jenis perangai aku dah jumpa,macam-macam jenis perempuan aku dah kenal dan macam-macam pengalaman pahit mahupun lucu mahupun @#$%^*.Setiap benda yang terjadi memang ada hikmah macam dalam cerita ombak rindu,yang mana Hariz dipertemukan dengan Izzah dalam hujan masa izzah lari nak kejar pakcik dia yang durjana itu,last-last mereka berkahwin dan happily ever after(lisa surihani sangat comel!).
Jauh dah menyimpang ni,haishh! berbalik semula kepada tujuan asal.Aku pun tak tahulah kenapa aku masih ada lagi masalah nak tidur,pukul 11 malam baring atas tilam,pukul 3 pagi masih tak lelap-lelap,adakah ini cinta?mahupun penyakit yang tiada penawarnya?contohnya macam sekarang,balik kelas pukul 4.00 ptg tadi,aku dah cube baring kejap,makk haiihhh!langsung tak boleh lelap,dalam kelas,punye lah mengantok mata aku macam kena lekat dengan 'playdoh'!sampai kat bilik,harooommmm! nak terlelap!.Susah macam nih!konon-konon masa cuti jumaat dan sabtu, nak balas dendam laa tidur sampai petang kan,last-last paling lama boleh tahan pun pukul 12 tengahari sahaja!payohhh! payohhhh!
Sampai disini sahaja nukilan berehat sebentar selepas lenguh ibu jari menulis nota Audit. :)


0 apa kata mereka?:
Post a Comment